Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?
Hi, guest ! welcome to BREAK NEWS ONLINE. | About Us | Contact | Register | Sign In

KEZALIMAM MEREKA KINI LAGI TERSERLAH~~ BERSIH: Pelajar M'sia dikhuatiri dibuang Al-Azhar

Written By 092505589 on Thursday, July 14, 2011 | 11:19 PM


Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman berkata pelajar tahun akhir jurusan usulludin itu dikhuatiri telah dibuang dikatakan atas arahan pihak kedutaan Malaysia di negara itu.

"Dia dituduh menggerakkan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kaherah... Kita sedang siasat lagi, harapnya bukan begitulah (dibuang)," katanya.

Ketika ditanya, Dr Rani berkata, beliau mendapat tahu perkara itu setelah dihubungi oleh seorang pegawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di negara itu.

Pegawai berkenaan, Farizan Subhi merupakan pegawai hal-ehwal pelajar yang bertanggungjawab ke atas pelajar tajaan JAIS.

Difahamkan, Farizan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai kedutaan dan universiti berkenaan, esok, bagi mendapatkan penjelasan.

"Saya minta dia (Farizan) cari surat rasmi yang kata dia (pelajar itu) dibuang.

"Kita akan cuba dapatkan bantuan menteri besar supaya tanya kedutaan.

"Kalau betul sah dibuang, kita akan minta penjelasan atas dasar apa dia dibuang," kata Rani ketika ditemui media di bangunan kompleks mahkamah Shah Alam hari ini.

Menjawab soalan, Dr Rani berkata, pelajar berkenaan tidak mempunyai masalah akademik dan hanya hanya perlu menghabiskan pengajian tahun akhir


Malaysiakini

No comments:

Post a Comment